Sunday, September 6, 2009

Kawin masa belajar, satu perspektif


oleh : abuFateh

Kali ini sengaja saya sedikit keluar daripada skop perbincangan Keluarga Idaman mengenai pemilihan pasangan, sekadar mencara sedikit kesegaran daripada penulisan ilmiah kepada sedikit santai agar pembaca tidak terbeban. Tajuk ini sangat di minati ramai, bukan tulisan saya tetapi tajuk hangat perbincangan remaja alam kampus lebih-ebih lagi yang belajar di luar negara. Mengapa ya? Pada saya mungkin kerana :

1. Terpengarauh dengan suasana orang lain yang berkahwin, jadi perasaan untuk berkahwin datang mendesak. Orang kawin aku pun nak kawin.
2. Kesedaran agama yang lahir untuk menjaga diri daripada terjebak kepada maksiat. Tambah pula teknologi makin canggih, maksiat 24 jam di hadapan mata.
3. Bagi yang jauh di perantauan, kejauhan daipada kasih sayang ibubapa dan adik-beradik menjadikan jiwa sunyi, jadi mencari seseorang untuk disayangi dan menyayangi adalah alternatifnya.
4. Umur yang sudah tiba masanya untuk beralih angin kehidupan daripada bujang kepada berdua.

Setakat penilaian saya inilah faktor pemangkin utama yang medorong kepada perkahwinan semasa alam belajar. Kawin semasa umur muda bukanlah perkara pelik zaman datuk nenek kita, namun ianya berubah menjadi perkara ganjil dalam masyarakat apabila perubahan sikap masyarakat yang mengutamakan pelajaran sehingga habis pengajian di universiti dan punyai kerja yang terjamin barulah sesuai untuk mendirikan rumahtangga. Couple dulu tak apa tapi kawin awal sorry la! Mungkin ini realiti zaman sekarang.

Justeru ramai yang mengalami dilema untuk kawin sekiranya umur belum lagi mencecah 25 tahun dan ke atas. Takut untuk meminta kebenaran daripada family, bimbang pandangan sinis masyarakat. Akhirnya alasan Nabi S.A.W kawin semasa umur 25 tahun dijadikan hujjah. Saya jawab kembali bahawa Saidiana Ali KAW berkahwin semasa berumur 21 tahun dengan Saidatiana Fatmah yang ketika itu perawan 18 tahun. Ini umur tahun qamari bukannya syamsi, elok juga kadang-kadang kita kembali menghitung umur berdasarkan tahun Hijrah, barulah rasa diri sudah lewat dimakan usia.

Pada saya tidak adil sekiranya perkahwinan alam kampus hanya diceritakan segala kebaikkannya tanpa menyebutkan cabaran (cabaran ye! bukan masalah) mendatang. Juga tidak adil sekiranya perkahwinan terhalang gara-gara hikayat mengenai kawin awal ini dimomokan dengan pelbagai cerita ngeri. Adillah dalam perbincnagan ini.

Bagi yang ada perancangan untuk berkawin semasa belajar, nasihat saya tanyalah kepada yang pakar. Tanyalah pengalaman orang yang sudah melaluinya, kerana setiap pasangan ada perspektif yang berbeza juga pengalaman yang berlainan.

Tidak sama perkahwian antara pasangan yang kedua-duanya masih belajar dengan perkahwinan antara pasangan yang hanya salah seorang sahaja belajar manakala seorang lagi tidak. Anda perlu menilai sendiri.

Secara ringkasnya kebaikkan kawin awal :

1. Motivasi bagi yang malas belajar, ada yang lebih cemerlang selepas berkahwin. Mungkin hidup bahagia atau tahu tanggungjawab besar yang perlu dipikul.
2. Mampu menghalang diri daripada maksiat, jiwa orang kawin pastinya lebih tenang daripada gelojak nafsu orang bujang.
3. Fikiran lebih matang untuk memahami erti kehidupan, matlamat, tujuan dan gerak kerja akan datang. Jiwa lebih realistik berbanding dahulunya banyak yang idealistik.
4. Anak sebagai penenang jiwa. Kehadiran yang pasti ditunggu oleh setiap pasangan. Ramai yang belum berkahwin memandang perkahwian adalah sex (maafkan saya kerana meyebut perkara ini), namun sex selepas kawin sememangnya masih lagi penting tetapi ianya mungkin jatuh ke tangga kedua, ketiga dan…..pasangan pasti resah sekiranya lambat medapat anak. Betul ke? Kawin dulu baru tahu, tak sama fantasi anda dengan dunia realiti.
5. Kehidupan lebih teratur, masa lebih terancang.

Cabaranya pula ialah :

1. Kewangan, rezeki daripada Allah Ta'ala, tapi tidak menafikan usaha, sebab dan pucanya. Perlu kepada perancangan yang teliti dan rapi kerana kegagalan dalam menyelesaikan maslah ini mungkin akan menyebabkan pengajian terbantut.
2. Gangguan kepada pembelajaran, bagi yang gagal mengadaptasikan kehidupan berkeluarga dengan baik.
3. Anak, tanpanya ikatan kasih sayang antara pasang masih lagi longgar, tetapi kehadiran anak akan memberikan cabaran yang besar terutamanya dalam menjaga dan kewangan. Jadi tanyalah pengalaman orang yang berpengalaman. Jaga anak tak sama dengan jaga kucing ye!
4. Bagi wanita, cabaran mengandung, bersalin, pantang dan penjagaan anak sangat memberi kesan kepada pengajian, suami hanya boleh ‘tolong tengok’ bila isteri loya berbulan-bulan, bersegkang mata menyusu anak dan sebagainya.
5. Perkahwinan dalam usia yang belum matang terkadang menyebabkan rumahku syurgaku bertukar menjadi rumahku nerakaku.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh saya senaraikan pro dan cabaran (bukan kontra ye!) mengenai perkahwinan alam kampus. Namun saya perlu adil dengan menyenaraikan kedua-dua aspek dalam jumlah yang sama. insyaAllah saya akan perincikan perbicangan ini dalam buku *Keluarga Idaman – selangkan ke alam perkawinan*. Sekiranya anda mempunyai persepektif sendiri yang ingin dikongsi, teramatlah saya mengalu-alukanya.

Akhirnya, saya ulangi nasihat nasihat saya kepada sesiapa yang ada perancangan untuk berkahwin, fikirlah dengan matang, tanyalah kepada yang berpegalaman, banyakkan ilmu dan akhir sekali jangan lupakan doa tawakal kepada Allah Ta'ala.

Oh ye! Ramai yang suka bertanyakan saya soalan ini, “kalau anta galak tak orang kawin awal?”. Jawapan saya pelbagai berdasarkan individu, jadi kalau nak tahu, bawa anggur sekilo ke rumah saya, kita sembang panjang.

Perkahwinan adalah :

keseronokkan dan kebahagiaan

tanggungjawab dan kematangan

ujian jiwa dan perasaan.

Pastikan anda dapat memahami 3 rangkap kata yang saya titipakan di atas sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin.

1 comment:

  1. merujuk kpd petikan - "Ini umur tahun qamari bukannya syamsi, elok juga kadang-kadang kita kembali menghitung umur berdasarkan tahun Hijrah"... boleh jelaskan cmne beza umur thun qamari/syamsi??
    please reply kat emel sy:
    i.luvcats@yahoo.com

    ReplyDelete