Sunday, September 6, 2009

couple ? hmm



Oleh : abufateh

Dalam siri keluarga idaman, kita telah masuk kepada perbincangan berkenaan dengan pertunangan. Rasanya tidak sempurna kiranya tajuk couple ini tidak dibincangkan sedikit sebanyak, memandangkan ianya antara fasad yang sering berlaku sama ada antara pasangan yang belum bertunang dan pasang yang sudah menjalinkan ikatan pertunangan, berasa mereka sudah ‘berlesen’.

Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama.

Pendirian saya berkenaan dengan ‘no couple’ sebelum kawin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah saya berkahwin. Saya antara individu yang pedas dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kawin. Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego lelaki, lembik tenguk para wanita.

Bahkan saya sering mengatakan golongan yang bercinta sebelum kawin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Macam mana? Ye la, semasa bercinta semuanya sikap yang baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Selepas kawin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini. Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah apabila berumahtangga.

Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Saya terkedu mendengar kisah hidup masyarakat Malaysia yang sudah ala-ala eropah. Couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, ibubapa sendiri yang merestui. Itu belum cerita tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.

‘niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kawin la’. Biasa dengar kan ayat ni?

Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertundung litup, terkadang saya tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullai, kemudian tidur di sambung kembali antara skrip harian mereka.

Mabuk orang bercinta ni memang dasyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Ta’ala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah, sayang Rasul saw, namun pengamalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.

‘Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu’, antara alasan yang pernah diberikan kepada saya. Teringat saya cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang ‘kenal sampai ke dalam kain’ sebelum diijab kabul.

Pastinya kenyatan ini dijawab kembali ; ‘alah itu dulu, sekarang dunia sudah maju, takkan nak ikut cara datuk nenek kita zaman jepun dulu’. Malas saya nak komen, anda fikirkan sendiri.

Bagi saya perkenalan penting, namun tidak perlu meleret-leret hinggakan membawa kepada terbukanya pintu-pintu maksiat. Saya dulu bagaimana? Semuanya koboi, kenal pun koboi, kawin pun koboi. Alhamdulillah saya dan isteri mampu mempertahakan jati diri dalam tempoh perkenalan dan pertunangan yang singkat. Kisah cinta kami macam mana? Nanti ada kesempatan saya akan ceritakan, bahawa bahagia yang kami kecapi bukan dibina di atas timbunan sampah sarap kemaksiatan.

Pendirian saya berkenaan dengan couple sebelum kawin boleh berubah sekiranya ada yang hendak mempertahankan tidakan mereka itu boleh melambakkan dihadapan saya dalil-dalil dari al-Quran, hadis ataupun mana-mana pendapat ulama’ muktabar yang membenarkan tindakkan mereka.

Persoalan cinta sebelum kawin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple. Macam mana? Anda sebenarnya sudah tahu, tak perlu sebenarnya kepada penjelasan saya.

Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah.

Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau seuniversiti, kenal dek kerana pertukaran nota bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja. Sama ada cinta monyet ataupun tidak, terpulang kepada individu.

Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah benteng ampuh dalam mengawal kerenah cinta anda yang bergelora.

Akhirnya pesan saya kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kawin. Mengapa perlu mencari marah Allah semata-mata mencari bahagia manusia.

No comments:

Post a Comment